Servis

Kami menyokong kewangan syarikat anda
dengan pengalaman lebih 20 Tahun

Pemfaktoran-i

Pembiayaan pemfaktoran adalah penyelesaian yang sangat baik sekiranya anda ingin...
Apa itu
Pemfaktoran-i ?
Surat Kredit-i
(LC)
Sebagai syarikat perdagangan atau pembuatan, pembelian lazimnya dibuat ...
Apa itu
Surat Kredit-i ?
Jaminan Bank-i (BG)
Kontrak perolehan kerajaan juga memerlukan penyerahan Jaminan Bank yang berjumlah 5% ...
Apa itu Surat
Sokongan Kewangan-i ?
Surat Sokongan Kewangan-i
Antara masalah yang sentiasa membayangi kebanyakan syarikat adalah kekurangan ...
Apa itu
Surat Sokongan Kewangan-i ?
Tentang Kami

IKHTIAR FACTORING SEBAGAI RAKAN STRATEGIK SYARIKAT ANDA

IKHTIAR FACTORING SDN BHD adalah sebuah institusi kewangan faktoring patuh syariah yang telah diluluskan sepenuhnya dan diberi kebenaran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Selain menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan faktoring, kami juga menawarkan kadar yang paling kompetitif yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan kehendak perniagaan anda.

  • Membantu syarikat-syarikat yang menghadapi masalah kewangan, terutamanya syarikat permulaan.
  • Kontraktor memerlukannya untuk bidaan tender.
  • IFSB memberikan sokongan kewangan dan meningkatkan peluang kontrak.
  • Penyelesaian tersuai, kadar yang baik, kelulusan cepat.
  • Pasukan berpengalaman untuk nasihat kewangan dan penyelesaian pembiayaan.
0
Pelanggan
0+
Kontrak Kerajaan
22 Bilion
Transaksi

Anda Juga Boleh Mendapatkan
Servis IKHTIAR di Platform:

Perkhidmatan Notifikasi Tender Seluruh Malaysia.

TenderDB adalah sumber tender sektor awam dan swasta yang paling komprehensif di Malaysia. Kami meliputi segala-galanya dari A ke Z semudah ABC.

Penglibatan Media

MEMORENDUM PERSEFAHAMAN ANTARA
IKHTIAR DAN TENDERDB

Maklumat pantas untuk tender kerajaan, GLC
Kuala Lumpur: Memudahkan kontraktor dan syarikat tempatan mendapatkan maklumat pantas berhubung tender ditawarkan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya di hujung jari..
TERKINI: Transformasi Industri Teknologi dan Pembiayaan Kontrak Kerajaan
Ikhtiar Digital Sdn Bhd menerima mandat daripada Datakraf Solution Sdn Bhd dan...
Dua syarikat bergabung jayakan transformasi industri teknologi
KUALA LUMPUR – Penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan, Datakraf Solutions Sdn Bhd, bersama syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia..
Transformasi Industri Teknologi Dan Pembiayaan Kontrak Kerajaan
Datakraf Solutions Sdn Bhd, penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan, bersama Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia, bekerjasama melancarkan Ikhtiar Digital Sdn Bhd melalui memorandum persefahaman antara 3 penjuru, yang ditandatangani pada 23 Oktober 2023.
Perjanjian persefahaman tiga penjuru mengenai penyelesaian digital dan pembiayaan kontrak kerajaan
Datakraf Solutions Sdn Bhd, penyedia kepakaran dalam teknologi dengan penyelesaian IT moden dan pendigitalan, bersama Ikhtiar Factoring Sdn Bhd, syarikat pemfaktoran bertauliah pertama di Malaysia, bekerjasama melancarkan Ikhtiar Digital Sdn Bhd melalui memorandum persefahaman antara 3 penjuru, yang ditandatangani pada 23 Oktober 2023.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Kami menyediakan pembiayaan modal kerja kepada syarikat-syarikat yang diberi kontrak atau projek oleh kerajaan atau agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan GLC (contohnya Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Petronas). Perkhidmatan yang kami tawarkan termasuklah:
  • Pemberitahuan Pemfaktoran Bai’ Ad Dayn
  • Pengesahan kemudahan (Surat Kredit)
  • Jaminan Bank/Kewangan Al-Kafalah
  • Surat Sokongan
  • Kami juga menawarkan perkhidmatan pembiayaan kontrak hujung ke hujung, iaitu dari peringkat tender sehinggalah penyerahan produk kepada kerajaan.

Pertama, fleksibiliti dan keberkesanan pemfaktoran sebagai instrumen pembiayaan kini semakin mendapat tempat di kalangan komuniti perniagaan di Malaysia dan dilihat sebagai alternatif kepada kemudahan perbankan biasa. Kedua, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan telah membuka lebih banyak peluang perniagaan, terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). Syarikat-syarikat dalam kumpulan inilah yang sebenarnya merupakan sasaran dalam industri pemfaktoran, yang bertujuan untuk membantu mereka. Perlu diingat dan ditekankan bahawa pemfaktoran merupakan alat pembiayaan ringkas yang boleh digunakan selagi terdapat hutang tidak dihalang.

Pemfaktoran kini semakin dilihat sebagai sumber pembiayaan alternatif, serta sebagai cara yang lebih baik untuk menguruskan modal kerja. Kemudahan pemfaktoran mampu membantu syarikat secara strategik, terutamanya SME, untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bagaimanapun, perniagaan tersebut sering mempunyai modal yang sedikit atau terhad, atau mempunyai kekurangan sokongan dari segi aset tetap. Oleh itu, bank tradisional selalunya keberatan untuk menyediakan pembiayaan dan hanya akan memberikan pembiayaan modal kerja yang terhad untuk syarikat-syarikat tersebut. Sebaliknya, syarikat pemfaktoran memainkan peranan sebagai pembiaya yang progresif untuk mengisi jurang yang tidak dapat dipenuhi oleh bank tradisional menerusi penyediaan akses yang lebih mudah untuk SME mendapatkan kemudahan modal kerja.

Pinjaman bank adalah bersifat sangat terbatas dan hampir tidak bersesuaian dengan pertumbuhan jualan syarikat. Had kredit yang diberi pada hari ini hanyalah sesuai untuk jualan yang sebelumnya. Sebarang kontrak baharu yang diperolehi syarikat tersebut akan memerlukan penilaian yang memakan masa dan selalunya sebarang pinjaman sedia ada perlu diselesaikan sebelum pinjaman baharu dapat diberikan. Masalah kredit dengan CTOS /CCRIS / RAM BASIS seperti kad kredit, sewa beli atau pinjaman perumahan yang tidak dibayar secara automatik akan dilihat sebagai kelemahan pemilik perniagaan, walaupun amaun tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kontrak yang diperolehi.

Sebagaimana yang diketahui umum, kontrak kerajaan adalah tidak tetap; dan pada masa yang sukar dan tidak menentu, ada kemungkinan masalah hutang peribadi akan timbul. Apabila pengarah dan pemilik syarikat mempunyai masalah dengan agensi pelaporan kredit, bank akan secara automatik menolak permohonan pinjaman syarikat tersebut. Syarikat pemfaktoran sebaliknya memainkan peranan sebagai pembiaya yang progresif untuk merapatkan jurang yang tidak dapat dipenuhi oleh bank tradisional dengan memberikan akses yang lebih mudah kepada SME dalam mendapatkan kemudahan modal kerja.

Ya. Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (IFSB) diperbadankan pada 13 Mac 2000 untuk melaksanakan perniagaan pemfaktoran domestik, eksport dan import serta pajakan peralatan. Bank Negara Malaysia (BNM) mengklasifikasikan kami sebagai Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI). Kami merupakan syarikat pemfaktoran pakar yang tertumpu kepada pembiayaan pemfaktoran perolehan atau kontrak belum terima bagi kerajaan atau syarikat milik kerajaan. Keseluruhan perniagaan pemfaktoran syarikat ini adalah dari pembiayaan pemfaktoran klien yang telah mendapat kontrak dari kerajaan atau GLC (seperti Petronas, Tenaga Malaysia Berhad, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi). Sebagai mematuhi SPP Bil 10/95 oleh Kementerian Kewangan (MOF), IFSB diluluskan dan diiktiraf oleh MOF pada 14 Jun 2000 untuk menjalankan pembiayaan pemfaktoran kontrak dan perolehan kerajaan atau GLC.

Kami adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam urusan pemfaktoran setelah berdekad lamanya kami memberikan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri. Kami menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri. Kadar kami adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, ditambah pula dengan kelulusan awal yang pantas. Pakar-pakar pembiayaan kami yang berpengalaman dan berdedikasi boleh memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Pembiayaan perdagangan (Surat Kredit/Jaminan Prestasi) merupakan struktur yang utama dan penting bagi pembiayaan kontrak yang ditawarkan kepada klien untuk kontrak bekalan. Ketiadaan pembiayaan perdagangan dari struktur tersebut akan menyebabkan keperluan pembiayaan kontrak tidak dapat dipenuhi, terutamanya jika ia melibatkan pembekal dari luar negara dan selalunya, ia turut melibatkan pembekal produk domestik. Di IFSB, kami mempunyai kepakaran yang diperlukan dan menawarkan perkhidmatan pembiayaan perdagangan untuk membantu syarikat perniagaan memenuhi keperluan prestasi bagi pembiayaan kontrak perolehan kerajaan. Menerusi spektrum lengkap penyelesaian pembiayaan pemfaktoran kami, kami boleh menyelesaikan masalah kewangan klien kami dan mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan sendiri kemudahan pembiayaan perdagangan dari bank, di mana mereka akan menghadapi rintangan dan batasan untuk mendapatkannya. Kami mempunyai kelulusan dan pengiktirafan dari Kementerian Kewangan untuk melaksanakan pembiayaan pemfaktoran bagi kontrak dan perolehan kerajaan atau GLC. Ini bermakna kami boleh menerbitkan jaminan prestasi kami sendiri dan klien tidak lagi perlu bergantung kepada bank tradisional untuk menerbitkan BG. Sejak mula beroperasi, IFSB telah berkembang menjadi sebuah syarikat pembiayaan pemfaktoran yang ulung di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang menyamai pembiayaan perdagangan yang ditawarkan oleh bank, tetapi tanpa kesusahan yang terpaksa dihadapi dalam proses permohonan yang birokratik. Kelebihan bersaing inilah yang meletakkan kami sebagai peneraju yang progresif dalam industri ini. Komuniti perniagaan, terutamanya syarikat-syarikat bumiputera, menghargai kami kerana kami dapat menghulurkan bantuan kepada mereka semasa bank-bank tidak lagi dapat memberi sokongan dan memenuhi keperluan kewangan mereka.

Kami adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam urusan pemfaktoran setelah berdekad lamanya kami memberikan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian kepada syarikat dari pelbagai industri. Kami menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri. Kadar kami adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, ditambah pula dengan kelulusan awal yang pantas. Pakar-pakar pembiayaan kami yang berpengalaman dan berdedikasi boleh memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Kami menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri. Kadar kami adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, ditambah pula dengan kelulusan awal yang pantas. Pakar-pakar kewangan kami yang berpengalaman dan berdedikasi boleh memberikan nasihat dan akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

IFSB menawarkan penyelesaian pemfaktoran kreatif yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda yang tersendiri. Kadar kami adalah antara yang terendah di Malaysia dengan terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal kurang melibatkan birokrasi dan oleh itu, lebih cepat.

Secara purata kami mengambil masa tujuh hari bekerja untuk memproses dan memberikan maklumat kemas kini tentang status permohonan anda. Penerbitan Pembiayaan Perdagangan lazimnya mengambil masa sehingga tiga hari bekerja.

Tidak, tiada fi tersembunyi. Sebarang caj dan fi akan diterangkan terlebih dahulu.

Ya, fi pemfaktoran kami adalah kadar rata.

Anda layak memohon sekiranya anda sudah mendapat kontrak perolehan kerajaan, atau sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Bergantung kepada perkhidmatan yang anda inginkan, anda perlu menyediakan dokumen berikut:

Salinan Memorandum dan Artikel Persatuan yang telah disahkan (untuk syarikat berhad), atau Pendaftaran Perniagaan (untuk milik tunggal / perkongsian).
  • Salinan Borang 24 dan Borang 49 yang disahkan.
  • Profil syarikat, berserta lampiran resume atau CV pengarah syarikat dan personel pengurusan.
  • Fotokopi KP (depan dan belakang) bagi semua pengarah dan pemegang saham syarikat.
  • Salinan asal kontrak/pesanan belian.
  • Salinan sebut harga atau invois proforma dari pembekal, dan katalog yang berkaitan bagi produk kontrak (sekiranya berkenaan).
  • Akaun syarikat yang telah diaudit bagi tempoh tiga tahun lepas (sekiranya berkenaan).
  • Penyata bank syarikat bagi tempoh tiga bulan lepas.
  • Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan.


Salinan kemudahan bank yang terkini dan sedia ada (iaitu OD, pinjaman bertempoh, LCTR, surat tawaran BG). *B&G tidak diperlukan bagi syarikat perusahaan) Sila ambil perhatian bahawa kelulusan adalah bergantung kepada semua dokumen berkaitan yang diserahkan kepada kami serta budi bicara IFSB. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Secara puratanya kami akan mengambil masa selama tiga hingga lima hari bekerja untuk memproses permohonan dan memberi kelulusan. Sila ambil perhatian bahawa kelulusan adalah bergantung kepada semua dokumen berkaitan yang diserahkan kepada kami dan budi bicara IFSB. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ya, kami akan mengesahkan dengan personel yang dapat dikenal pasti atau jabatan berkaitan yang bertanggungjawab atas kontrak perolehan tersebut, seperti Kewangan dan Perolehan, sistem e-Perolehan, Pembekal dan pihak berkepentingan yang lain.

Pelanggan boleh membuat bayaran menerusi e-Perolehan. Kami akan meminta akuan Arahan Pembayaran (Notis Penyerahan Hak) mengikut format Kementerian Kewangan yang disediakan menggunakan kepala surat klien. Arahan Pembayaran akan menunjukkan bahawa arahan pembayaran dibuat kepada akaun IFSB.

Gallery