Jaminan Bank-i

BG-i

Apakah Jaminan Bank-i?

BG-i

Kontrak perolehan kerajaan juga memerlukan penyerahan Jaminan Bank yang berjumlah 5% daripada nilai kontrak. Tanpa sebarang kemudahan perbankan sedia ada, kebiasaannya 1:1 FD menjadi keperluan untuk mendapatkan Jaminan Bank yang diperlukan tersebut.

Bukan mudah untuk mendapatkan kemudahan Surat Kredit dari bank. Sekiranya sesebuah syarikat itu berjaya mendapatkan kemudahan tersebut sekalipun, terma-terma yang dikenakan kadangkala agak menyusahkan. Lazimnya bank akan mengenakan deposit jaminan sehingga 40% sebagai pendahuluan kepada syarikat yang ingin mendapatkan jaminan.

Bagi kontrak kerajaan, bon prestasi diterbitkan di bawah tiga kategori:

  1. Jaminan Bank
  2. Jaminan Insurans
  3. Jaminan Institusi Kewangan

Sebagai sebuah institusi kewangan yang diluluskan dan diiktiraf oleh Kementerian Kewangan dan e-Perolehan, IFSB boleh menerbitkan jaminan prestasi.

Jaminan Bank-i 1

Apa yang Anda
Perlu Tahu

Kami juga menawarkan Jaminan Bayaran Pendahuluan – yang fungsinya adalah hampir sama dengan Jaminan Prestasi, kecuali kerajaan berhak menuntut balik bayaran penduhuluan yang dibuat sekiranya kontraktor tidak menyiapkan kerja-kerja kontrak yang telah diberikan. Kami menawarkan penyelesaian yang khusus untuk memenuhi keperluan anda.

Kadar yang kami tawarkan adalah kompetitif dengan terma yang fleksibel, dan proses kelulusan awal adalah pantas. Pasukan kami yang terdiri daripada pakar kewangan yang berpengalaman dan berdedikasi boleh memberikan nasihat serta akses kepada penyelesaian pendanaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Proses Permohonan

Begini Cara Anda Boleh Mendapatkan Jaminan Bank-i Daripada Kami

Berhubung Dengan Kami
Terima pengesahan bertulis (Surat Tawaran, Surat Award, kontrak yang telah ditandatangani) dari kerajaan berkenaan pemberian projek.
Penyediaan
Sediakan tiga (3) salinan Arahan Pembayaran yang telah ditandatangani. Dokumen ini perlu ditandatangani oleh pegawai kerajaan.
Hantar ke IFSB
Sediakan dokumen berikut dan serahkan kepada IFSB.
  • Surat Tawaran (LO) atau Kontrak asal.
  • Format Jaminan Prestasi.
  • Satu (1) salinan Arahan Pembayaran – ditandatangani oleh pegawai kerajaan.
  • Deposit Jaminan – 30% daripada Bon Prestasi dan caj lain sebagaimana yang ditetapkan.
  • Surat Aku Janji dan Indemniti.
Menerima BG-i
IFSB akan Mengeluarkan Jaminan Prestasi kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja*.

Skrol ke kanan untuk melihat dengan lebih lanjut.

*Tertakluk kepada sama ada dokumen yang diserahkan adalah lengkap. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Hakcipta © 2022 Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)
Hakcipta © 2022
Ikhtiar Factoring Sdn Bhd (507971-X)

Login

E-mail *
Password *